Monday, 2 October 2017

Rawatan kencing manis tanpa ubat

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan lagi, berikut ialah rawatan kencing manis tanpa ubat:
Penjagaan diri umum
  • Jagaan kulit
    • Mandi setiap hari.
    • Keringkan seluruh bahagian tubuh.
    • Mandi setiap hari.
    • Keringkan seluruh bahagian tubuh.
    • Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.
  • Jagaan kaki.
    • Cuci kaki anda setiap hari.
    • Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
    • Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
    • Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
    • Tukar stokin anda setiap hari.
    • Jangan berjalan tanpa kasut.
    • Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
  • Penjagaan Gigi
  • Pemeriksaan mata secara berkala
  • Elakkan alkohol
  • Berhenti merokok
  • Mengawal pemakanan
  • Mengawal berat badan
  • Kerap bersenam

AKHIR KATA

Kesimpulannya, seseorang itu hendaklah memerhatikan perubahan pada tubuh badan mereka. Sekiranya, ada tanda-tanda penyakit kencing manis ini pada diri maka segeralah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
Lebih daripada itu, kawallah pemakanan anda. Jaga pengambilan gula dalam makanan dari hari ini untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penyakit kencing manis ini. Jika boleh, amalkan diet kencing manis atau dapatkan nasihat doktor.
Orang kata, penghidap kencing manis ini, air kencing dia pun semut boleh hurung. Sebab apa? Sebab air kencing dia manis. Benarkah?
Anda ada pengalaman kena kencing manis, atau ahli keluarga yang menghidap kencing manis? Kongsikan petua kencing manis dengan kami di raungan komen.

0 comments: