Monday, 2 October 2017

Tekanan Darah Tinggi Mengikut Umur

Biasanya, semakin rendah bacaan tekanan darah, maka makin sihat tubah badan anda. Tetapi, jangan pula terlalu rendah kerana boleh membuat anda terkena hipotensi atau tekanan darah rendah. 

Bacaan tekanan darah tinggi
Apabila umur anda menjangkau kepada 40 tahun, anda perlu berwaspada dan mengawasi kesihatan tubuh badan anda terutamanya, tekanan darah, gula dalam badan dan denyutan jantung. Inilah penyakit 3 serangkai yang diperkatakan yang menyerang apabila anda memasuki umur 40 an. Jadi, berwaspadalah. 👐 ❤

Orang dewasa yang sihat, umumnya memiliki tekanan darah normal di bawah atau setara 120/80 mm Hg. Angkat tersebut tidaklah kekal begitu, Tekanan darah normal boleh naik atau turun bergantung kepada aktiviti fizikal yang dilakukan dan keadaan emosi anda. Jadi, jangan terlalu panik jika tekanan darah anda berbeza dan mengapa tidak konsisten.

Jadilah, marilah kita menjaga kesihatan bersama-sama. Jom kongsikan bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur ini kepada semua orang agar kita dapat sama-sama ilmu ini. Insyaallah. ☺


0 comments: