Tuesday, 31 October 2017

Ujian gula dalam darah

Ujian gula dalam darah

Untuk menentukan sama ada anda menghidap kencing manis atau tidak, anda perlu membuat ujian gula dalam darah untuk mengetahui paras gula.Daripada ujian itu, anda boleh tahu sama ada kandungan gula dalam darah anda berada pada paras normal atau bahaya.

Ujian ini juga penting kepada pesakit kencing manis kerana mereka perlu sentiasa mengawasi paras gula dalam darah agar ia kekal pada paras selamat.

Daripada ujian ini, anda boleh mengetahui tahap kemampuan badan anda untuk menggunakan gula yang diserap ke dalam darah untuk dijana menjadi tenaga. Jika kandungan gula tinggi masih berada dalam darah walaupun selepas beberapa jam anda makan dan minum, maknanya keupayaan tubuh anda menukar gula menjadi tenaga terjejas.

Hal ini akan menyebabkan paras gula dalam darah kekal tinggi dalam tempoh yang lama. Jika dibiarkan ia mengakibatkan kerosakan pada mata, buah pinggang, saraf dan pembuluh darah. Sebab itu penting untuk anda mengesan awal penyakit kencing manis supaya kita boleh mencegah dan merawatnya sebelum ia menjadi serius.

Ujian gula dalam darah dan ujian saringan kesihatan boleh dilakukan di klinik, hospital dan makmal swasta. Alat yang digunakan untuk mengukur paras gula dalam darah dipanggil Glucometer


0 comments: