Sikap segelintir masyarakat kita hari ni meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma. Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.
Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:
- Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil
- Darah keluar bersama - sama air kencing
- Perubahan kepada kekerapan membuang air kecil
- Sakit belakang
- Kerap buang air kecil, terutama pada waktu malam
- Bengkak pada pegelangan kaki
- Sembap sekeliling mata yang berpanjangan, terutama sebelah pagi
Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Gelaja ini dianggap perkara biasa dan sering di ketepikan, sedangkan ianya salah satu petanda seseorang itu mempunyai masalah berkaitan dengan buah pinggang.
Buah pinggang berfungsi untuk menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air yang berlebihan dari dalam badan. Jika buah pinggang gagal berfungsi, ianya boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan semua pesakit mampu untuk mendapatkan buah pinggang baru. Kosnya bukanlah murah, tapi mencecahkan ratusan ribu.
Oleh itu, kita semua perlu menjalani pemeriksaan pengesanan. Caranya pun mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa hanya beberapa minit sahaja. Disamping itu, kaedah yang boleh digunakan selain ujian darah dan air kencing, kaedah biopsi jarum halus dan ujian tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Semua orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan ini, terutama bagi mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang Jika penyakit ini tidak dapat dikawal, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.
Jika anda mengamalkan cara hidup yang sihat, masih belum terlambat untuk anda mencegah penyakit ini, Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Antara perkara yang anda boleh amalkan ialah :
- Pemakanan yang seimbang
- Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.
- Berhenti merokok
- Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat menguruskan badan.
- Kekalkan berat badan yang seimbang
- Besenam sekurang-kurang 30 minit sehari.
Jadi, marilah kita sama-sama menyayangi diri kita. Mencegah lebih baik dari merawat. 👌
0 comments:
Post a Comment