Menurut statistik, sebanyak 18,347 daripada 18,384 pesakit kronik yang sedang menunggu pendermaan organ di negara ini merupakan pesakit buah pinggang. Statistik ini dikeluarkan Pusat Sumber Transplan Nasional yang menunjukkan penyakit tidak berjangkit perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat hari ini. Jadi di sini saya ingin berkongsi bersama-sama tip penjagaan makanan untuk menjaga buah pinggang yang saya dapatkan daripada kawan saya sendiri seorang Doktor.
Lihat kepada angka itu menunjukkan hampir 99% adalah pesakit buah pinggang. Satu angka yang sangat menakutkan.
Graf di atas pula menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialilis kerana buah pinggang sudah tidak mampu untuk berfingsi sepenuhnya. |
Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita boleh mengamalkan amalan berikut semoga dijauhi dari masalah buah pinggang :
- Minuman air kosong melebihi 2 liter sehari.
- Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang yang bergaram.
- Elakkan memakan buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana dan lain-lain.
- Elakkan memakan buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk,cermai dan anggur jeruk
- Elakkan makan mee segera.
- Elakkan memakan makan jajan seperti twisties.
- Elakkan makan mi kuning dan roti canai.
- Elakkan Nescafe, air sunquik dan segala minuman yang berperisa.
- Elakkan meminum teh dikedai kerana teh kedai adalah teh yang dipakaiguna.
- Elakkan makan coklat dan meminum milo. Gantikan milo dengan Holick
- Elakkan sebarang air bergas.
- Elakkan memakan jambu batu dan jus jambu batu.
- Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing dan longan ( makan ala kadar sahaja 👌)
- Elakkan tembikai dan tembikai susu.
- Kurangkan pengambilan kerang,ketam,udang dan sotong.
- Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
- Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
- Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderm.
- Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
- Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
- Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
- Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
- Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
- Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
- Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
- Elakkan jering, petai dan kerdas
- Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit, boleh gantikan dengan minyak zaitun.
- Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
- Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer.
- Kurangkan atau elakkan tepung gandum serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih.
- Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
- Elakkan sayuran jeruk
- Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
- Elakkan telur masin
- Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
- Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England
- Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
- Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
- Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
- Kurangkan makanan bersantan
- Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan ialah :
- Minum air masak atau suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur.
- Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
- Makan peria dan peria katak
- Amalkan sayur Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
- Susu tepung (bukan anlene, HL atau low fat)
- Minyak jagung
- Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga
- Delima
- Epal hijau 2 biji seminggu
- Burung seperti burung puyuh dan merpati
- Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
- Garam kasar menggantikan garam halus
- Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
- Makan lebih banyak sayur-sayuran
0 comments:
Post a Comment