Thursday, 14 September 2017

Mengetahui penyakit melalui tapak tangan

Rugi anda tidak baca 7 tanda penyakit yang kita boleh tahu dengan hanya dari tapak tangan.


Tanpa kita sedar kehidupan seharian kita yang sibuk menyebabkan kita mengabaikan penjagaan dari segi pemakanan dan kesihatan kurang dititkberatkan. Kadang-kala masa kita sakit pun kita masih lagi bekerja. 

Allah menciptakan kita sangat sempurna. Badan kita sebenarnya akan memberi signal awal apabila organ-organ utama atau sistem saraf kita mengalami masalah minor yang memerlukan kita berehat.

Salah satu contoh, sebelum kita mengalami sakit kepala yang teruk, mata kita akan memberikan signal awal seperti pedih mata dan juga lenguh pada tengkuk dan bahu. Namun, ada yang terus memaksa diri bekerja dan sering diserang migrain.

Mungkin kita tidak sedar atau seakan-akan tidak endah dengan signal atau petanda yang cuba diberitahu oleh badan kita. Khususnya tapak tangan. Tangan yang berdenyut atau rasa sakit pada bahagian ini mungkin boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit dalam badan.

  1. SINDROM CARPAL TUNEL

Sindrom Carpal Tunel boleh di diagnos daripada ibu jari, jari tengan dan jari telunjuk. Jenis penyakit sarat ini terjadi daripada aktiviti berulang-kali yang dilakukan seseorang hingga menyebabkan pergelangan tangan membengkak.

     2. KELETIHAN


Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang berada di tapak tangan. Ini menyebabkan denyutan pada tapak tangan.

      3. MASALAH TULANG BELAKANG


Masalah tulang belakang dikaitkan dengan jari manis dan jari anak. Ini disebabkan oleh tekanan yang kuat pada saraf yang dihubungkan dengan tulang belakang.

      4. KURANG VITAMIN


Apabila badan kekurangan vitamin, denyutan dapat dirasai pada jari tangan sebelah kiri atau pada jari kaki sebalah kiri. Ini terjadi apabila badan kekurangan Vitamin E, B1, B6 dan B12.

      5. PENYAKIT BUERGER


Penyakit ini sering terjadi kepada perokok tegar. Aliran darah mengalir dalam saraf terhalang oleh nikotin, seterusnya menyebabkan kekurangan mineral dalam badan. Ini menyebabkan rasa kebas pada kaki.

      6. MASALAH ALIRAN DARAH DALAM BADAN


Jika anda mengalami rasa kebas pada bahagian kanan tapak tangan, ianya mungkin disebabkan tekanan yang dialami oleh permukaan urat saraf. Sesetengah penyakit kardiovaskular lain juga akan menyebabkan rasa kebas pada bahagian ini.

      7. DIABETES

Salah satu petanda awal penyakit diabetes ialah rasa denyutan pada beberapa bahagian di tapak tangan sebelah kiri. Ini terjadi disebabkan kurangnya aliran darah pada beberapa bahagian badan menyebabkan kerosakkan pada hujung saraf. Walau apapun, segeralah berjumpa dengan pakar dan doktor bagi mendapatkan rawatan segera.

SUMBER : islamituindah.com.my

0 comments: