Terdapat beberapa tanda awal sakit buah pinggang yang dapat dikesan oleh individu itu sendiri. Samada sedar atau tidak sedar sahaja. Bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda awal sakit buah pinggang anda seharusnya lebih mengambil berat tentang kesihatan anda sendiri. Tidak perlu lagi bertangguh untuk merawat masalah ini.
Saya kongsikan 10 tanda awal sakit buah pinggang :
- Perhatikan adakah terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samada kerap atau kurang kerap dari kebiasaannya. Perhatikan juga jika terdapat darah dari air kencing. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutama pada waktu malam dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Air kencing yang berbuih menunjukkan terdapat protein dalam air kencing. Protein tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
- Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh badan kita menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup, anda akan mengalami anemia dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.
- Bengkak pada mana mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik.
- Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh badan anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.
- Jika anda kurang selera makan atau tidak dapat menelan makan ini adalah salah satu tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
- Loya dan muntah-muntah mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
- Berasa sejuk sepanjang masa.
- Sukar bernafas juga adalah tanda awal yang mungkin disebabkan anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
- Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda, dimana terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
- Kerap berasa pening kepala, disebabkan anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
(Sumber: mauceriasokmo)
0 comments:
Post a Comment