Tuesday, 19 September 2017

Rehatkan Minda

Dalam kehidupan kita seharian, adakalanya perlu juga masa untuk merehatkan minda. Setelah sibuk seharian bekerja, ambillah sedikit masa untuk berehat. Masa berehat bukanlah mengambil masa yang lama. Cukup sekadar 15 hingga 30 minit. Terutama bagi surirumah, tugas surirumah bukanlah mudah dan tidak ada hentinya. Jadi, curilah masa untuk anda merehatkan minda.

Saya kongsikan anda beberapa cara mudah untuk merehatkan minda. Antaranya :

1. Amalkan yoga
Yoga dipercayai dapat menguatkan stamina, kekuatan fizikal, tingkat tenaga dan merehatkan minda. Semasa melakukan yoga, anda hendaklah menarik nafas sambil melakukan regangan pada otot - otot badan. Oleh itu, ia sangat bagus untuk badan dan minda anda.

2. Dekatkan diri kepada alam semulajadi
Keindahan alam semulajadi tiada tandingannya di dunia ini. Bila kita dikelilingan dengan alam semulajadi, flora dan fauna secara tidak langsung minda kita akan menjadi tenang. Kita terleka dan membuatkan kita terlupa sebentar masalah yang terjadi. Indah sungguh ciptaan Tuhan 😊

3. Luangkan masa dengan haiwan peliharaan 
Berjinak - jinak dengan haiwan peliharaan sangat membantu anda ketika sunyi, sedih ataupon stress. Walaupun haiwan tidak boleh bercakap, tetapi chemistry yang ada pada anda dan haiwan kesayangan anda secara tidak langsung membuat anda lupa tentang masalah yang melanda. Dan, secara tidak langsung menjadi anda seorang yang penyayang 💘


4. Shopping, Spa atau salon kuku
Ini adalah salah satu terapi minda bagi kaum wanita. Sebut sahaja shopping, boleh terlupa sekejap masalah. Shopping, spa atau salon kuku lebih kepada wanita. Jadi, tidak salah untuk mereka melakukan perkara itu. Biar mereka tenang dan melupakan seketika masalah yang dihadapi.

5. Makan, minum dan tidur secukupnya
Ini adalah 3 perkara yang paling penting dalam merehatkan minda yang cerdas dan cergas. Minum adalah perkara paling tersangat penting kerana otak memerlukan oksigen yang banyak untuk mengekalkan kecerdasan. Tidurkan dan makan juga adalah penting. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya. Jika salah satu dari ketiga ini diabaikan, minda anda kurang lancar 😂

Jadilah, sama - samalah kita amalkan supaya kita dapat mengekalkan kesihatan emosi dan fizikal serta minda yang sihat. Insyaallah 💓

0 comments: