Tuesday, 19 September 2017

Penyebabkan suplemen tidak berkesan

Segelintir masyarat kita pada hari ini, mudah sangat berputus asa apabila mengamalkan suplemen tetapi tidak berkesan. Untuk mengamalkan apa-apa suplemen kita perlulah banyak membaca untuk sesuatu suplemen yang kita amalkan. Janganlah hanya membeli dan mengikut sahaja sukatan dan cara pemakanan suplemen.

Antara sebab kenapa makan suplemen tetapi tidak berkesan ialah :

1.  Jarang minum Air Putih


Inilah masalahnya ramai yang ada masalah untuk mengamalkan minum air putih dan lebih suka yang berwarna dan berperisa.

FAKTA : Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukkan.

Amalkan minum air putih apabila mengamalkan pengambilan suplemen dan supaya penyerapan suplemen dalam tubuh berlaku dengan lebih baik.

2.   Mengambil vitamin dan suplemen secara banyak sekaligus pada satu masa.



Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur, sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Aturan pemakanan sepatutnya telah di terangkan kepada anda ketika anda membeli apa-apa suplemen dan vitamin. Dan aturan itu perlu di ikut sama seperti kita ikut jadual pemakanan ubat yang doktor berikan.

FAKTA : Apabila anda makan semua suplemen dan vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu.

Agih-agihkan pengambilan vitamin dan suplemen anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu masa tertentu sahaja.

3.  Elakkan pengambilan suplemen bersama ubat


Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan suplemen.

FAKTA : Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap suplemen dengan baik.

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan suplemen pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, makan amalkan suplemen selepas 1-2 jam selepas mengambil ubat doktor.

4.  Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian



Memang ramai yang menganggap kafien sebagai sumber tenaga harian untuk membuat kerja tapi sebaliknya di minimumkan pengambilanya.

FAKTA : Sebenarnya pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minuman yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan suplemen yang kita amalkan selama ini, Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan suplemen rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

Cubalah untuk kurangkan pengambilan kafien secara berperingkat.

5.  Makan vitamin dan suplemen tanpa ilmu yang betul



Makan vitamin mesti tahu caranya kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama.

FAKTA : Ada vitamin atau suplemen /makanan/minuman yang boelh menghalang penyerapan vitamin lain menyebabkan kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya.

Pastikan anda bertanya kepada si penjual suplemen, cara makan yang betul dan rajin membuat research anda sendiri jika perlu.

Adalah penting sewaktu membuat keputusan membeli suplemen mesti mengambil kira perkara pertama iaitu :
  • Halal
  • Kelulusan KKM
  • Selamat
  • Semulajadi
  • Berkesan
Dan pastikan anda mendapat konsultasi yang terbaik dari penjual suplemen anda termasuk yang membeli di Farmasi. 👌



0 comments: