Wednesday, 4 October 2017

Jenis - jenis kencing manis

Terdapat 2 jenis penyakit diabetes yang utama iaitu kencing manis jenis 1 (Diabetes Type 1) dan kencing manis jenis 2 (Diabetes Type 2)


Kencing manis jenis 1 - Insulin Dependent Diabetes Mellitus ( bergantung kepada insulin)
  • Biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin


 Kencing manis jenis 2 - Non-Insulin Dependent Mellitus ( tidak bergantung kepada insulin)
  • Jenis paling biasa ditemui. Lebih daripada  90% pesakit penghidap kencing manis jenis 2.
  • Biasanya terjadi kepada orang yang lebih berumur dan berat badan berlebihan.
  • Biasanya sel-sel tidak dapat bertindak balas dengan baik dengan insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.


Terdapat salah paham yang mengatakan kencing manis jenis 2 adalah kurang serius berbanding jenis 1, mungkin kerana jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diuruskan dengan baik.



0 comments: