Tuesday, 10 October 2017

Makanan yang mengurangkan asid urik

Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, cubalah memakan beberapa atau semua jenis makanan berikut yang dikenali dapat membantu pesakit gout dan merendahkan asid urik.



1. PERASA & REMPAH

  • Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menhancurkan atau melarutkan kristal asid urik dengan menukarkan pH darah keadaan yang lebih alkali.
  • Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi bagi menggalakan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. 
2. SAYUR-SAYURAN

  • Alfafa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.
  • Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu meningkatkan air kencing yang seterusnya menggalakan penyingkiran asid.
3. BIJIRAN KECIL

  • DR Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, "Alkalinize or Die" bahawa pengidap gout boleh makan bijiran  kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik.
  • Bijiran itu adalah Cous Cous, Amaranth dan Millet.
4. HERBA

  • Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik  membuatkan ia lebih mudah untuk dihapuskan.
  • Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tubuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti oksida.
  • The Buchu( buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.
  5. PRODUK TENUSU

  • Produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar dari air kencing.

0 comments: