Monday, 9 October 2017

Penyakit Gout


Gout adalah sejenis penyakit akibat  berlebihan asid urik di dalam badan.





  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul didalam sendi.
  • Ini adalah salah satu penyakit yang paling lama dihadapi oleh manusia semenjak zaman dulu.
  • Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan berbahaya, tetapi dengan kemajuan dalam bidang perubatan,gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh lelaki yang berumur lingkungan 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh wanita sebelum putus haid. 


TANDA GOUT
  • Gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki biasanya menjadi merah, bengkak, panas dan tersangat sakit.
  • Serangan biasanya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehingga bergesel dengan selimut pun menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan sehingga berhari-hari, atau sekurangnya sehingga 1-2 minggu.
  • Sakit mungkin menyerang semula berminggu atau berbulan selepasnya.
  • Gout boleh menyerang sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan kaki atau tangan.

KOMPLIKASI

  • Asid urik boleh berkumpul dibawah kulit membentuk bonjalan dipanggil 'tophi'
  • Dalam saluran urinari ( air kencing ),ia boleh berkumpul membentuk batu karang.
  • Pengidap gout juga sering menghadapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti :
  1.  Kegemukan
  2. Darah tinggi
  3. Hiperlipidemia
  4. Diabetes




0 comments: