Monday, 16 October 2017

Pentingnya suplemen dalam badan

Pengambilan supplement dalam menu harian adalah sangat penting. Ini kerana supplement tersebut dapat memastikan badan dibekalkan dengan nutrisi yang badan perlukan dengan mencukupi.


Tidak dinafikan kebanyakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan terkandung dalam makanan yang diambil sehari-hari. Namun, kuantiti nutrisi yang dapat disalurkan/diserap oleh badan tidak dapat dipastikan samada memenuhi jumlah keperluan badan atau tidak. Ini kerana kebanyakan nutrisi berikut mudah musnah semasa proses penyediaan makanan mahupun proses penyimpanan makanan.


Anda tahu tak,

SEBIJI EPAL


Boleh kehilangan 50% kandungan Vitamin C dalam peringkat penyimpananan. kebanyakan epal kat negara kita ni memang diletakkan dalm tempoh penyimpanan unless kita petik dan makan terus

KACANG PEA HIJAU



Kacang pea ni biasa beli yang dalam tin - 83% hilang nutrient, kalau yang beku hilang 94%

ROTI PUTIH

24 nutrien asli dari gandum telah hilang dan 6 nutrien tiruan di induce , namun rata2 producer menggunakan perkataan "diperkayakan"

BROKOLI




Brokoli segar - brokoli beku 37% kandungan vitamin C nya hilang

Nak-nak lagi sekarang ni kebanyakan makanan segera samada yang dibekukan, ditinkan atau dipaketkan yang lebih digemari memandangkan ia hanya memerlukan cara penyediaan yang ringkas, lebih cepat dan tidak remeh.

Tidak mustahil selama ini apa yang kita makan hanyalah makanan semata-mata tanpa nutrisi. Ibarat kelapa parut tanpa santannya :) Nak guna buat masak pun tak boleh kan. Samalah juga dengan badan kita. Makanan yang dimakan sudah tentunya untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh badan selain memenuhi keperluan lainnya.


KERANA ITULAH SUPLEMEN PENTING!

1.  Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian 
Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.

2.  Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!
   

3.  Zat makanan mudah hilang
Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.

4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang
Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.

6. Gaya hidup tidak sihat
Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.

7. Pencegahan dari awal
Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.

0 comments: