Wednesday, 11 October 2017

Penyakit batu karang

Air kencing kita mempunyai garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, ia akan bertukar menjadi keras dan dinamakan sebagai 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat aliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk disekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelakang. Ada sesetengah orang yang menghidapi batu karang tidak mempunyai tanda-tanda, ada pula yang terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan pesakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga boleh dipecahkan dengan kaedah ultrasound tanpa melakukan pembedahan.

Faktor penyebab batu karang 


1. Kurang air 
  • Jika kita tidak cukup minum terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah terkena batu karang.👎
2. Sejarah keluarga atau diri sendiri
  • Masalah batu karang juga boleh disebabkan faktor keturunan. Bagi yang ada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit batu karang berisiko untuk mengalaminya. Malah, individu yang mempunyai masalah ini hendaklah berhati-hati kerana penyakit ini boleh berulang kembali.
3. Umur
  • Kebanyakkan kes berlaku berumur 20 - 70 tahun 👀
4. Jantina
  • Lelaki lebih mudah mengalami batu karang berbanding wanita ✌
5. Penyakit tertentu
  • Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria ( masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang)😐
6. Kesan sampingan ubat
  • Sesetengah ubat, contoh ubat diuretik, boleh meningkat risiko pembentukkan batu karang dalam kedaan tertentu.
7. Pemakanan
  • Pemakanan yang tinggi protien purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercengkerang dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. 
  • Diet kurang serat (buah-buahan dan sayur-sayuran) menyumbang kepada masalah ini juga.
8. Kurang bergerak
  • Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium dalam darah. 

Pesakit yang yang pernah menghidap batu karang dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan asid urik. Batu karang adalah penyakit yang boleh dicegah dengan cara menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. 👌

0 comments: